Thursday 31 October 2013

Konfius konfius :')

Assalamualaikum....... 
Konfius konfius!!! Pagi pagi dah buat Nurul konfius!! Apa tanggungjawab seorang isteri ye????? Apa tanggungjawab seorang adik ye??? Apa tanggungjawab seorang emak ye??? Hmmm. Ada sesiapa boleh 'explain' tak? 

Hm. Kenapa Nurul cakap pasal semua nie? 

Banyak terjadi apabila seorang anak perempuan yang sudah berkahwin datang rumah emaknya. Tanggungjawab seorang anak masih lagi perlu buat jugak kan? Takde alasan penat bekerja lah. Kena bangun pagi lah. Alasan yang,, huhhhh!!! Nurul tak paham kenapa still ada orang cmnie. 

Mungkin. Mungkin lah dia penat jadi isteri. Hmm. Nurul bukan apa, sedih sedih bila ada anak yang dah kawin, buat rumah dia yang 'dulu' macam terasing. Hmm. Korang semua faham tak Nurul membebel nie?? Hahahaha. Hope faham lah ye. 

Tanggungjawab seorang emak. Okay, emak is everything. Jangan jadi emak kita  'kuli'. Boleh order nak makan apa. Suami nak balik, suruh mak masak. Ehhhh please!!!! Awak tu nak wtpa kalau  masak untuk suami pon nak kena emak yang buat. Open your eyes. I'm begging. Hmm. 

Tanggunggungjawab seorang adik. Buat semua apa yang disuruh oleh emak dan ayah. Menolong semua akak akak and abang abang. NOT 'kuli' !!!! Hmm. 

That's all for today. Assalamualaikum :') 

Dia inspirasi :')


Assalamualaikum........ 

Mungkin aku bukan lah seorang sahabat yang baik. 
Mungkin aku bukan lah seorang pendengar yang baik. 
Mungkin aku bukan seorang sahabat yang yang ada ketika kau susah. 
Tapi........... 
Aku ingin jadi seperti engkau. 
Seorang sahabat yang baik. 
Seorang sahabat yang menjadi pendengar yang setia. 
Seorang sahabat yang ada ketika ku susah. Hmm. 
Maaf kerana aku telah buat ukhuwah kita terputus dengan sikapku. Aku salah. Aku bodoh. Maafkan aku sahabat. Aku ingin jadi seperti dahulu. Berkongsi cerita. Saling menasihati. Aku ingin jadi seperti dulu. Ada pepatah cakap, kawan yang baik adalah kawan yang boleh mengingati kita mengenai akhirat. Ya orang itu adalah kau. Maafkan aku sahabat. Rindu ukhuwah kita yang dulu walaupun kita tak pernah jumpa. Tak pernah bersua muka :'( 








Maaf sy curi curi amek gambar awk. Simpan kat dalam fon. *awak cari saya ke* 








Tuesday 29 October 2013

Berkat ❤

AAssalamualaikum. Hye. Dah lama Nurul tak update blog nie. Berhabuk dah blog Nurul nie. Okay malam nie Nurul nak kongsi sedikit pasal berkat Allah bagi masa kita tengah jawab exam. Memandangkan Nurul baru lepas habis exam nie, Nurul nak kongsi sikit lah. 

Macam nie lah tempat duduk masa Nurul  final exam. Okay, sehari sebelum Nurul and kawan kawan nak jawab first papet, akak usrah dari Usim datang. Bagi tips tips and semangat nak jawab exam. Akak hasnin, dia cerita pasal berkat. Dia cakap, perasan tak masa kita tengah bingung nak jawab, tetiba kita boleh jawab soalan tu. 

Masa tu kita tak perasan yang Allah bagi berkat kita dapat jawapan dari soalan yang susah tu. setelah kita berusaha, Allah akan bantu. Wallahualam. :) 

Nie nak share sikit gambar Nurul and kawan sebelum nak masuk exam. First paper. Islamic investment. 



Alhamdulillah Nurul dah habis semua exam. Waiting for a new sem. Senior!! Haha. Bye. 


Monday 14 October 2013

Detik 3 pagi

Mak mak mak!! Orang dengar bunyi pintu kena ketuk lah. Macam orang nak masuk pon ada jugak. Macam pencuri. Mak mamai. Kakyang terjaga. Mak tanya, bunyi apa tu??? Entah lah mak. 

Kakyang ajak turun ruang tamu tengok kalau kalau ada 'something'. Nurul and kakyang pon turun. Masa turun tu, tak dengar pulak bunyi tu. lepas seminit, bunyi tu ada balik. Tengok pintu depan. Takde pape. Naik bilik balik. 

Tetiba kakyang tanya Nurul, pintu dapur dah kunci belum???? Jeng jeng jeng. Nurul lupa. Kakyang and Nurul turun balik. Pergi dapur, tengok pintu kunci. 

Nurul and kakyang naik bilik. Pastu abah pulak keluar dari bilik dalam keadaan mamai. Abah tanya, bunyi apa tu?? Kiteorang pon jawab. Entahlah abah. Abah keluar dari bilik kiteorang. 

Abah tengok kat belakang guna torchlight. Pastu masuk balik dalam bilik kiteorang. Abah cakap takde pape. Bunyi pon dah takde. Abah cakap, 'hantu' kott. Nurul cakap, takkan lah. Pencuri kott. 

Keesokan harinya, abah tanya jiran sebelah, cik dolah. Cik dolah pon dengar. Tapi dia ingat abah yang bertukang malam malam. Hmmmmm hmmm. 

# ini adalah kisah benar yang berlaku malam tadi. Assalamualaikum. 
Saturday 12 October 2013

Al kisah si pokok pelam

Assalamualaikum!! Petang nie Nurul nak cerita pokok pelam kat depan rumah. Kat depan rumah Nurul ada pokok pelam. Nyum nyum. Terliur. Huhhh. Pokok yang ada pelam tu terjatuh kat tanah. Sebabnya????? Wallahualam. Nurul dengan akak pon amek lah pelam yang 'jatuh' tu. Mak pulak bagi idea nak buat jeruk. Maka, jadi lah proses nak buat jeruk. Mak kupas pelam tu. pelam tu ada empat biji. Tiga bijik buat jeruk. Lagi sebijik buat makan cecah air asam. Nyum nyum. 

Nie lah pelam cadangnya nak dibuat jeruk. Nurul siapkan bahan nak buat jeruk. Tak tau pon buat sebenarnya. Hehe


Nie pelam yang mak potong. Huhu. 


Tengah tunggu bahan nak letak kat pelam nie. Lepas tu kena lah tggu untuk beberapa hari. Korang korang doa doa lah jeruk pelam homemade nie jadi ye. Daa. <3


Friday 11 October 2013

Hati berbunga bunga. <3

Assalamualaikum. Rasa nak jerit kuat kuat!! Happy sesangat. First time dapat pujian. Ehem ehem. Terima kasih my hero. He called me princess!!! Hee. 


Nurul bagi dia gambar nie, guess what?? Dia cakap "syg papa semakin cantik". Ehemm. Nak perasan jap. Haha. Tak jadi nak tidur. Huhu. Nie lah si dia Nurul. 

Nie masa makan sup gearbox kat parit sulong batu pahat. 

Bergaya kan? Hehe. 

Nyte bloggers!! :D


Monday 7 October 2013

Ujian Itu Indah.

Di saat hatimu disakiti, ketahuilah bahawa Allah s.w.t sedang mengajarkanmu erti kedewasaan dan keikhlasan hidup. Bersabar lah dan terus melangkah. Ujian tanda cinta kasih dariNya. 

Dua hal yang tak sepatutnya difikirkan :
i Penyesalan masa lalu
ii kerisauan masa hadapan

Sabar itu lah punca kemuliaan seseorang hamba disisiNya, dengan ikhlas, redha benar benar sabar baru dapat terima semua itu. Sehebat hebat kalimah, lawanlah secara senyap, seiring sunnah, ingat kembali hebatnya Rasulullah s.a.w dicaci, balas dengan buah yang ranum apabila mereka membaling keji. 

Ingat!!!
Takkan ada ujian andai bukan kerana Allah. Anggap semua datang dari Allah. Perkasakan lagi iman, bukan untuk selesaikan masalah, namun untuk tenang menghadapinya. 

Hanya insan yang tenang dapat hadapi ujian. Hebatnya doa sepertiga malam. Allah takkan abaikan doa kita. 

wallahualam :') 


                                                                                -anom raudhah-

Kesedihan Melanda :'(

Assalamualaikum.
Hari nie Nurul takde mood. Petang tadi ada test, and Nurul tak boleh jawab. hmm. Taktau lah kenapa. Tapi nasib baik ada kawan kawan yang sellu buat Nurul tersenyum. 

Sekarang nie tengah ada presentation. Kawan kawan Nurul tengah present. hmm. Petang tadi air mata asyik nak mengalir je. agak agak kenapa ye? Okay lah, Nurul nak dengar presentation nie dulu. Bye bye bloggers :'( 
Sunday 6 October 2013

Niat Di Hati :')

Assalamualaikum bloggers !! Hari nie Nurul nak kongsi sikit pasal hati. Hehe. takde lah, gurau je. Nurul suka sangat sangat tengok muslimah berpurdah, berniqab. Subhanallah. Cantik sangat. Sejujurnya Nurul admire sangat mereka yang berpurdah. <3 

Nak dijadikan cerita, Nurul ada niat nak pakai, tapi tapi tapi................... Nurul kena betul betul belajar dan mendalami dahulu Islam supaya dapat bawak imej yang baik untuk wanita berpurdah nie. Nampak manis kan wanita berpurdah <3 


Adik kecik nie pon pandai menutup aurat <3 


Subhanallah <3 <3


Ninja !! Allah, cantik sangat. 


Teringin nak join 


:')


Masa nie Nurul cuba cuba pakai. Allah, jujur Nurul rasa tenang sangat masa pakai. Tapi tapi tapi........... Nurul masih tak bersedia sebab Nurul perlukan kekuatan untuk ters Istiqamah. Doakan Nurul tauu. <3 

Sampai sini je dulu, nak sambung study. Bye!! <3 






Study study!! Esok banyak test!!

Stresss!!!! Stresss!!! Esok test, presentation, Argghhhh!!! 

Assalamualaikum. Maaf tak betul malam nie. Nurul stress gila walaupun tak banyak study. Haha. 
Esok Nurul ada dua test, presentation. And yang seronoknya,, Nurul tak baca apa apa lagi -.-' jom tengok sikit gambar stress Nurul >.< 


Nurul tak pandai urus masa. So, kawan kawan boleh bagi cadangan untuk Nurul urus masa nie. Hehe. 


Lepas stress stress, Nurul dengar kawan buat lawak, baru hilang sikit stress tu. haha. Najwa lawak gila. Dia pon blogger tauu. Baru nak mula macam Nurul. 



Jom hilang stress semua!! Nurul tidur dulu.Hehe. Selamat malam!! Assalamualaikum :D 


Assalamualaikum. Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas di bumi yang indah nie. Hari nie Nurul nak cerita mengenai cerita hidup Nurul. Yang sedikit sebanyak memberi kesan dalam hidup Nurul nie. 



Nurul dulunya bukan lah seorang pelajar agama. Bukan lah seorang yang teguh pada agama. Tetapi, makin meningkat usia, hati diketuk oleh rasa sunyi, hilang arah tuju. Dan akhirnya Nurul buat keputusan untuk kembali pada jalan Allah. 



Kata orang 'hangat hangat tahi ayam'. Tu yang Nurul selalu kena bila Nurul cuba nak berubah. sejujurnya, Nurul sedih sangat. Tapi Alhamdulillah, ada sahabat sahabat yang bantu Nurul. Ada sahabat yang sentiasa bimbing Nurul dikala Nurul tak sanggup lagi berdepan dengan suara suara mengutuk, menyindir, memperli. Allah :'( 



Alhamdulillah, Nurul cuba untuk menjadi seorang anak yang baik, seorang rakan yang dapat memberi manfaat kepada rakan lain, seorang wanita yang menjaga batas, seorang bakal isteri yang solehah. In shaa Allah. :') 


Senyum pada luaran, tapi hati, hanya Allah je tahu. 


Doakan Nurul istiqamah dalam penghijrahan ini ye bloggers :') 







Saturday 5 October 2013

Sudah bersediakah kita???

Assalamualaikum, Pada ahad nie Nurul nak cerita sikit pasal ajal. Ramai yang jarang nak cerita pasal nie sebab takut, muda lagi lah. Dalam Al-Quran ada disebut mengenai kematian. wallahualam

Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada. 
Maksud Firman Allah s.w.t : 
"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh." 
(Surah an-Nisaa' ayat 78)



Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati.
Maksud Firman Allah s.w.t :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat."
( Surah Ali Imran ayat 185 )


Kematian akan mengejar ke mana saja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh. 
Maksud Firman Allah s.w.t: 
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."
(Surah al-A'raf ayat 34)
(Surah an-Nahl ayat 61)



Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada. 
Maksud Firman Allah s.w.t : 
"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh." 
(Surah an-Nisaa' ayat 78)


Sudah bersediakah kita ????????????? 



kawan yang cun melecun :D

Assalamualaikum!! Nurul lagi. hehe. Seperti yang telah dijanjikan, Nurul akan kongsi sikit cerita pasal kawan kawan kat poli and kawan kat sekolah menengah dulu. Haa, lupa nak cakap, Nurul sekarang belajar kat Politeknik Nilai, Negeri Sembilan. Amek kos Islamic Banking And Finance. Jom Tengok kawan kawan Nurul yang cun melecun nie <3

okayy, Nurul mulakan dengan kawan baik dari sekolah sampai lah sekarang. ;)


Nama si kecik nie siti suaidah. Tapi Nurul panggil dia sue. Dia nie peramah lah jugak orangnya. Yang penting, orangnya suka bergaya. <3 


Jangan cuba nak ngorat dia, Dia dah berpunya tau. boipren dia yang comel macam dia nie, namanya Nas. kawan sekolah Nurul jugak. Semoga kekal ye. :D


Sue kuat makan!! haha

seterusnya, kawan baik Nurul masa sekolah dulu.... 


Dia nie budak art tauu. jangan memain. nama dia Nurhidayah. Budak yang suka gelak, walaupon benda tu tak bape lawak. sangat seronok kawan ngn dia. 


nie lagi gambar dia. <3 

jom tengok hasil lukisan dia pulak. 


nie abg dia tau. bukan boypren dia. hehe. cantik kan dayah lukis. 


Nie pulak gambar dia sendiri. i'm proud of you kawan .

Sekarang Nurul nak cerita pasal kawan Nurul kat Poli pulak. Kalau nak tau, diaorang nie suka sangat bergambar. Jom jom kenal dengan diaorang. 


Nama dia yann. seorang Blogger tegar. Lagi satu dia nie pantang tengok kamera. mesti nak bergambar. hehe. Seorang yang suka gelak. haha. 


Comel kan diaorang. Pasangan secocok. Muka pon nak dekat sama. Pagoh sama Perak, bergabung!! haha


Kalau nak tau, dia nie suka pose pose yang comel comel. <3 aauum!! 

Sekarang nie nak cerita yang last. Dia kawan Nurul dari sem satu, merangkap roomate. hehe. jom jom  tengok Syera pulak. 


 . 


Cantik kan?? Tau dah. Budak Batu Pahat katanya. hehe. 


Suka bergaya, pandai posing. Anak ketua kampung. Comel kan? kawan sape. hehe


Nie lah boypren dia. Sharafi Mokhtar. Sama cantik. Sama padan. Semoga kekal, tak sabar nak makan nasi minyak. hee

Okay lah, sampai sini dulu cerita pasal kawan. Terima kasih semua sebab sudi kawan dengan Nurul. <3 <3 <3


















10 surah mujarab. ;)

Assalamualaikum. hye hye hye. malam nie Nurul nak kongsi sikit pasal 10 surah mujarab. Nurul tertarik dengan post kat fb Nurul nie. So, Nurul nak kongsi sikit lah dengan bloggers tegar nie. hehe. jom jom baca. Semoga dapat memberi manfaat dari kita semua.

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI’AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagimenganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.




Lepas nie Nurul nak cerita pasal kawan kawan Nurul yang cantik cantik and cun cun nie <3

Arif's members

Assalamualaikum bloggers!! Petang nie Nurul nak ceritakan sikit pasal family Nurul. Nurul anak bongsu dari empat orang adik beradik. Dan yang uniknya, semua adik beradik Nurul perempuan <3


okayy nie tuan besar kita, hehe. Encik Mohd Arif 


Yang cantik nie mak Nurul, Puan Aminah


Yang nie akak sulung Nurul, dia pon blogger jugak. Arif nur Iman


Yang kacak bergaya nie husband akak Nurul. Abg kerol. 


Yang chubby nie akak nurul kedua. angah. pandai bergaya orangnya. 


yang nie abang ipar kedua. Sangat suka kereta. Racer tau. hehe. Nama dia Emin Pasha. orang Kedah.


Last sekali kakyang. takde gambar dia yang latest. dapat bagi tengok gambar masa kecik je.Nama dia Latifah. Dia tak suka bergambar. Dia pakai baju merah tauu. 

sekian saja untuk kali nie. Yang baik datangnya dari Allah. Yang buruknya datangnya dari Nurul. Assalamualaikum readers. <3







 

Blog Template by BloggerCandy.com