Tuesday 1 April 2014

New born Khairin Naqib 😘

Assalamualaikum. Dah lama tak mengupdate blog yang berhabuk nie, hiksss. Okay, today i would like to introduce my nephew. Aauum aauumm. Hehe. Baby boy in the house!! 

Anak buah pertama dalam Arif members. Hehe. Nurul yang excited lebih sebenarnya. Dah jadi maksu. Lalalalala. Okay lah daripada Nurul membebel kat sini jom tengok Naqib dari first month and second month!! Nurul terlebih excited. Hikss 


si Naqib yang kuat tidur. 


maksu maksu, Naqib dah mandi. 


maksu jangan ganggu Naqib. Naqib nak tidur. 


Naqib dah besar lah maksu. Naqib dah dua bulan. hehe


maksu maksu, bawak lah Naqib jenjalan. Asyik duk umah je nie maksu. 


dah dah lah maksu letak gambar Naqib kat blog maksu nie.ish ish ish. 

tu je untuk hari nie. t Nurul masuk lagi gambar Naqib. lepas nie Nurul ada sorang lagi anak buah!!yeayy lagi tak sabar, hehe. bye!!! 









Thursday 14 November 2013

Maaf :'(


Andai maaf itu boleh mengubah keadaan jadi seperti biasa. 
Andai maaf itu boleh mengubat segala duka. 
Andai maaf boleh mengubah keadaan jadi normal. 

Diberi peluang, disia siakan. 
Maaf seribu kali. 
Mestikah aku memaafkan?? 
Diperbodoh, ditipu. 
Haruskah?? 

Diri nie dah tak berdaya. 
Janji janji janji!!!! 
Tapi apa????
Apa yang aku dapat??? 


Hanya air mata menemani hari aku. 
Hanya duka peneman setia aku. 
Hanya perit aku terima. 


Ini kah yang layak untuk aku? 


 
                                       Nurul arif. 



Friday 8 November 2013

Biar waktu mengubat rindu

Assalamualaikum. 
Sekarang nie Nurul tengah cuti sem. Hm hm hm. Sejujurnya Nurul sangat rindu kat  kawan kawan Nurul. Kawan kelas. Dyeorang happening gila!! Haha. Taktau lah tetiba rindu. Hee. 

Walaupun selalu ada salah faham. Tapi masa susah dyeorang selalu ada. Tolong ajar mana tak paham. Hm. *kesat air mata*. Sem depan last sem Nurul kat poli Nilai. Hmm. Jom tengok kawan kawan Nurul yang kiut miut nie. 


Nie masa baru masuk sem 5. Sume muka happy je. Haha. 


Nurul dengan dua orang yang gila kamera. Haha. Layankan aje dua orang nie. 


Yang nie zaty. Nurul suka buat mula dengan dia. Dia pon suka layan. Haha. Lagi satu dia cakap dia macam heliza helmi. Tettt. Haha. Tapi dia comel sangat


Nie masa buat presentation. Ohsem!! Best kerja ngn dyeorang :D 


Kiteorang gila kamera. Semua tempat nak bergambar kalau boleh. Hee


Alhamdulillah :D


Nie masa Nurul pergi malam cinta rasul kat usim. Seronok sangat. 


Nie lagi satu kawan Nurul. Hazirah. Hee


Nie lawatan kelas pergi exim bank. 


Rindu korang lahaiiii


Teman bergambar merangkap sifu. Errr. Jahaha. 

Daa. :D 











Thursday 31 October 2013

Konfius konfius :')

Assalamualaikum....... 
Konfius konfius!!! Pagi pagi dah buat Nurul konfius!! Apa tanggungjawab seorang isteri ye????? Apa tanggungjawab seorang adik ye??? Apa tanggungjawab seorang emak ye??? Hmmm. Ada sesiapa boleh 'explain' tak? 

Hm. Kenapa Nurul cakap pasal semua nie? 

Banyak terjadi apabila seorang anak perempuan yang sudah berkahwin datang rumah emaknya. Tanggungjawab seorang anak masih lagi perlu buat jugak kan? Takde alasan penat bekerja lah. Kena bangun pagi lah. Alasan yang,, huhhhh!!! Nurul tak paham kenapa still ada orang cmnie. 

Mungkin. Mungkin lah dia penat jadi isteri. Hmm. Nurul bukan apa, sedih sedih bila ada anak yang dah kawin, buat rumah dia yang 'dulu' macam terasing. Hmm. Korang semua faham tak Nurul membebel nie?? Hahahaha. Hope faham lah ye. 

Tanggungjawab seorang emak. Okay, emak is everything. Jangan jadi emak kita  'kuli'. Boleh order nak makan apa. Suami nak balik, suruh mak masak. Ehhhh please!!!! Awak tu nak wtpa kalau  masak untuk suami pon nak kena emak yang buat. Open your eyes. I'm begging. Hmm. 

Tanggunggungjawab seorang adik. Buat semua apa yang disuruh oleh emak dan ayah. Menolong semua akak akak and abang abang. NOT 'kuli' !!!! Hmm. 

That's all for today. Assalamualaikum :') 

Dia inspirasi :')


Assalamualaikum........ 

Mungkin aku bukan lah seorang sahabat yang baik. 
Mungkin aku bukan lah seorang pendengar yang baik. 
Mungkin aku bukan seorang sahabat yang yang ada ketika kau susah. 
Tapi........... 
Aku ingin jadi seperti engkau. 
Seorang sahabat yang baik. 
Seorang sahabat yang menjadi pendengar yang setia. 
Seorang sahabat yang ada ketika ku susah. Hmm. 
Maaf kerana aku telah buat ukhuwah kita terputus dengan sikapku. Aku salah. Aku bodoh. Maafkan aku sahabat. Aku ingin jadi seperti dahulu. Berkongsi cerita. Saling menasihati. Aku ingin jadi seperti dulu. Ada pepatah cakap, kawan yang baik adalah kawan yang boleh mengingati kita mengenai akhirat. Ya orang itu adalah kau. Maafkan aku sahabat. Rindu ukhuwah kita yang dulu walaupun kita tak pernah jumpa. Tak pernah bersua muka :'( 








Maaf sy curi curi amek gambar awk. Simpan kat dalam fon. *awak cari saya ke* 








Tuesday 29 October 2013

Berkat ❤

AAssalamualaikum. Hye. Dah lama Nurul tak update blog nie. Berhabuk dah blog Nurul nie. Okay malam nie Nurul nak kongsi sedikit pasal berkat Allah bagi masa kita tengah jawab exam. Memandangkan Nurul baru lepas habis exam nie, Nurul nak kongsi sikit lah. 

Macam nie lah tempat duduk masa Nurul  final exam. Okay, sehari sebelum Nurul and kawan kawan nak jawab first papet, akak usrah dari Usim datang. Bagi tips tips and semangat nak jawab exam. Akak hasnin, dia cerita pasal berkat. Dia cakap, perasan tak masa kita tengah bingung nak jawab, tetiba kita boleh jawab soalan tu. 

Masa tu kita tak perasan yang Allah bagi berkat kita dapat jawapan dari soalan yang susah tu. setelah kita berusaha, Allah akan bantu. Wallahualam. :) 

Nie nak share sikit gambar Nurul and kawan sebelum nak masuk exam. First paper. Islamic investment. 



Alhamdulillah Nurul dah habis semua exam. Waiting for a new sem. Senior!! Haha. Bye. 


Monday 14 October 2013

Detik 3 pagi

Mak mak mak!! Orang dengar bunyi pintu kena ketuk lah. Macam orang nak masuk pon ada jugak. Macam pencuri. Mak mamai. Kakyang terjaga. Mak tanya, bunyi apa tu??? Entah lah mak. 

Kakyang ajak turun ruang tamu tengok kalau kalau ada 'something'. Nurul and kakyang pon turun. Masa turun tu, tak dengar pulak bunyi tu. lepas seminit, bunyi tu ada balik. Tengok pintu depan. Takde pape. Naik bilik balik. 

Tetiba kakyang tanya Nurul, pintu dapur dah kunci belum???? Jeng jeng jeng. Nurul lupa. Kakyang and Nurul turun balik. Pergi dapur, tengok pintu kunci. 

Nurul and kakyang naik bilik. Pastu abah pulak keluar dari bilik dalam keadaan mamai. Abah tanya, bunyi apa tu?? Kiteorang pon jawab. Entahlah abah. Abah keluar dari bilik kiteorang. 

Abah tengok kat belakang guna torchlight. Pastu masuk balik dalam bilik kiteorang. Abah cakap takde pape. Bunyi pon dah takde. Abah cakap, 'hantu' kott. Nurul cakap, takkan lah. Pencuri kott. 

Keesokan harinya, abah tanya jiran sebelah, cik dolah. Cik dolah pon dengar. Tapi dia ingat abah yang bertukang malam malam. Hmmmmm hmmm. 

# ini adalah kisah benar yang berlaku malam tadi. Assalamualaikum. 
 

Blog Template by BloggerCandy.com